BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

Click here for Myspace Layouts

Followers

Sunday, June 19, 2011

-Holiday aku -

 hey my blog 'gue kangen banget sama lo0' ...sesi nak update bermula...lama tak update blog usang lagi bersawang nie,  sejak masuk PLKN....yg penting  update blog bulu b4 bercuti ..selamat rehat kawan-kawan ...mybe lepas nie jarang2 dapat update 'busy kata kan' ..kepenatan , kesusahan serta segalanya itu yg m'buatkan kita lebih dewasa and berfikiran jauh lebih matang .....Hey guy's today aku nak share cket dgn korang tetang apa yg aku alami dgn member2 aku ..ok b4 that aku tak tahu m'ber2 aku selalu wat post yg emo02 why my dear ? b'laka'abaikan' kembali semula kew topic aku tadi ''syukur jugak aku dapat m'ber2 yg baek and otak diorang semua boley layan kt plkn to0.. letih la jugak, tapi seronok la jugak...wassup n hello0o my dear thank for comming my blog then ,ringankn tangan to0 utk comment blog usang nie....my blog is my mind ...so anything can happen !!! last ikhlas dari lubuk hati aku nie korang  member2 yg paling sporting and korang memang terbaik ...belum terlambat lagi aku nak ucapkan 'SELAMAT HARI BAPA ' i lur u my abah...and kepada semua bapa yang berada di atas muka bumi nie ;)...kalau ada masa nanti aku akan update lagi...aku selalu mencari idea utk buat post yg happy go lucky ...nak sumthing yg 'unik'...

Saturday, June 18, 2011

Harimau Malaya tetap terbaik !

G0 GO GO MALAYSIA............. Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap memandang serius perlawanan persahabatan menentang Myanmar di Stadium Sultan Muhammed IV, malam ini.

Menurut Rajagobal, perlawanan ini cukup penting buatnya mencari formula terbaik bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap sebelum berdepan Taiwan pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional, Bukit Jalil 29 Jun ini.

"Ini adalah kesempatan terbaik untuk saya mencari kombinasi yang tepat ketika bertemu Taiwan nanti kerana kita mempunyai muka-muka baru dalam pasukan, selain lima pemain kita berdepan masalah kecederaan.

"Jadi, saya harap pemain dapat memberikan fokus dan menunjukkan semangat juang yang tinggi pada perlawanan ini sebagai persiapan berdepan Taiwan pada kelayakkan Piala Dunia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis suai kenal pemain Harimau Malaya dan pasukan Myanmar serta sesi bertemu peminat di ruang legar pasar raya KB Mall, dekat sini, semalam.

Bekas pengendali Kelantan dan Selangor itu mengakui berdepan masalah di bahagian serangan untuk bertemu Myanmar kerana hanya mempunyai seorang penyerang iaitu Abdul Hadi Yahya.

"Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakhri Saarani, Shahrizal Saad mengalami kecederaan sementara Safee Sali masih bersama kelabnya Pelita Jaya FC.

''Saya harap Hadi dapat mengulangi sentuhannya seperti yang dilakukan dalam saingan Liga Super dan persahabatan dengan Hong Kong tempoh hari," ujarnya.

Jelasnya, situasi yang terpaksa dihadapinya kini cukup sukar namun, percaya masih mampu menurunkan barisan terbaik, selain formasi yang digunakan juga pastinya mampu memerangkap barisan muda Myanmar.

Sementara itu, jurulatih Myanmar, Milan Zibadinovic, mengakui Malaysia mempunyai kelebihan pada perlawanan tersebut dan hanya membariskan pemain muda untuk menentang pasukan negara.

"Malaysia mempunyai pasukan yang lebih baik. Saya membawa semua pemain berstatus Olimpik dan ia adalah suatu yang baik untuk mereka menerima pendedahan dan menjadi sebuah pasukan yang lebih baik dan kuat pada masa akan datang.

"Saya mengharapkan satu permainan yang baik malam esok (ini) dan kita akan sama-sama saksikannya,"...mlm nie kelantan vs perak !!! apa2 pun Harimau Malaya Memang terbaik...god job ;)